Sunday, September 4, 2011

:: KEBAHAGIAAN HARI INI, KEKECEWAAN SEMALAM ::

Begitu tertarik dengan cerita 'Kisah Pasangan Suami Isteri Tua' nukilan Dr Rushmini Maris Ismail di Majalah Wanita (14-20 Mei 2010) yang saya baca sewaktu bersarapan di Restoran Sinar (Roti Garing), Taman Sentosa, Johor Bahru.

Didalam artikel tersebut, Dr Rushmini tertarik dengan hubungan mesra penuh kasih sayang walaupun pasangan ini telah lanjut usia. Si suami sungguh mengambil berat & amat romantis terhadap isterinya.

Disebabkan si isteri perlu menjalani beberapa sesi pemeriksaan kesihatan bersama Dr Rushmini, pada satu hari beliau bertanyakan kepada si isteri rahsia kebahagiaan mereka yang kekal hingga kini (kebetulan si suami menunggu diluar sahaja pada hari tersebut).

Menurut si isteri, kebahagiaan yg dia kecapi hari ini tidak datang dengan mudahnya. Beliau juga melalui fasa pergolakan rumahtangga. Suaminya pernah mengahwini seorang wanita Indonesia semasa masih beristerikan dia.

Jika menurut hati seorang wanita, mahu sahaja beliau memberontak. Namun, bila memikirkan kebaikan dan sikap tanggungjawab suaminya, beliau hanya mengenakan syarat bahawa madunya tidak boleh duduk sama daerah dengan beliau dan jangan sekali-kali menemukan beliau dengan madunya. Ini untuk mengelakkan wujudnya rasa cemburu dan tidak puas hati didalam dirinya.

Bagi meluahkan rasa kecewa, beliau berniaga. Alhamdulillah, perniagaan beliau berkembang maju, membolehkan beliau untuk mengerjakan Umrah (atau Haji, saya terlupa). Dan dengan rezeki tersebut juga, beliau mampu membawa sekali suaminya dan madunya. Beliau buang segala rasa benci & sakit hati, lalu mereka bertiga bertolak ke Tanah Suci.

Tiada apa-apa yang berlaku disana. Segala urusan berjalan dengan lancar. Namun selesai segala urusan, beliau dikejutkan dengan khabar yang dititipkan oleh suami. Madunya telah diceraikan dengan talak tiga. Menurut suaminya, mereka sering bertelingkah kerana madunya menuduh suaminya melebihkan isteri pertama. Madunya juga mahu pulang ke Indonesia selepas mereka balik dari Tanah Suci.

Cerita ini benar-benar menarik perhatian saya kerana 2 perkara:

1. Ketabahan seorang isteri yang bangkit dan terus melangkah walaupun dilanda dugaan yang pasti akan mengecewakan dan menghancurkan perasan mana-mana wanita yang bergelar isteri. Sikap positif beliau telah dibalas dengan kebahagiaan abadi.
2. Peranan seorang suami didalam sebuah poligami. Pesanan saya: 'Kalau kail panjang sejengkal, Janganlah lautan hendak diduga' :))

Teruslah berfikiran positif, tidak kiralah sebesar mana dugaan yang datang. DIA sentiasa menyediakan jalan yang terbaik untuk kita..terpulang pada kita untuk memilihnya..insya'allah.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

~ Dyna Nora ~ 

Monday, August 15, 2011

:: RESPECT, APPRECIATE & TRUST ::

If he respect you,
He won't lie to you.

If he appreciate you,
He will be sincere to you.

If he trust you,
He will tell you the truth.


~ Dyna Nora ~

Friday, August 12, 2011

:: TITIK NOKTAH ::


Pergilah...

Aku lelah kerna
acap kali berada di persimpangan dilema
Aku sesak kerna
setiap pergerakkan ku bagai dirantai
Aku risau kerna
setiap langkah ku bagai diperhatikan
Aku buntu kerna
setiap perbuatan ku akan dipersoalkan

Jika tiada lagi gembira
yang hadir hanyalah kata tanpa bicara
tinggalkanlah keakraban ini
biarkan ia bernoktah disini...

~ Dyna Nora ~

Tuesday, May 24, 2011

:: Kau Pergi Jua ::


SHAFARI HAMZAH
31 OKTOBER 1974 - 23 MAY 2011
Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji'un

Terperanjat, terkedu tidak percaya apabila saya membaca SMS yang dikirimkan sahabat baik kami semalam jam 10.33pm yang berbunyi Salam. Our Friend passaway just now’. Berkali-kali saya membaca SMS tersebut. Cuba memujuk hati agar bukan dia yang dimaksudkan itu.

Tidak terkata apa-apa bila berita itu benar, bukan salah mata saya membacanya. Semenjak mendapat berita keadaan beliau yang tidak menggalakkan, saya memang berniat untuk melawat beliau. Namun Allah lebih menyayanginya. Sungguh terkilan kerana tidak dapat bertemu beliau buat kali terakhir. Mungkin, jika dapat melihat sendiri keadaan beliau, saya tidak akan rasa ralat sebegini.

Dan pagi ini, mata saya kerap kali melihat ke jam di dinding. Setiap waktu saya terbayang keadaan diri beliau yang siap sempurna dikafankan. Terbaring kaku ketika disembahyangkan. Paling menyentuh perasaan bila saya terbayang diri beliau diturunkan ke dalam liang lahat dan kini hanya batu nisan sahaja yang menandakan disini berakhirnya perjalanan beliau di dunia ini. Pemergian beliau di usia yang muda  amat menyedarkan saya bahawa dunia ini hanya untuk sementara.

Hadirmu pernah mengembirakan hati ini..hadirmu pernah menyerikan hidup ini. Akan ku kenang itu semua hingga ke akhir hayat ku. Selamat tinggal sahabatku..semoga kau aman & bahagia disana….

Al-Fatihah…..

~ Dyna Nora ~

Monday, May 23, 2011

:: The Power of Appreciation ::

‎~: A simple words of appreciation, although means nothing to you, really can jazz up others :~

Saturday, May 21, 2011

:: Percaya Pada Diri ::

"Tak kira apa jua bentuk, rupa & size kamu, yang penting ialah rasa yakin pada kebolehan diri sendiri. Bila kita yakin, kita mampu lakukan apa saja. Jangan biarkan org lain yang tentukan siapa kita..hanya kita yg kenal diri kita sendiri"
Keistimewaan ada di dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang sememangnya dilahirkan cantik dan menawan. Ada yang dilahirkan berhati mulia dan ada yang dilahirkan cerdik pandai. Ada yang dilahirkan dengan berbakat besar. Malah memilik perwatakan yang mampu membuat orang lain ketawa disaat duka merupakan satu kelebihan yang cukup istimewa.

Untuk mencari keistimewaan itu, kita perlu percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Apabila kita yakin pada diri sendiri, cahaya keyakinan itu pasti akan terpancar diwajah kita secara semulajadi. Untuk yakin pada diri sendiri, kita perlu ikhlas dan jujur pada diri. Tidak perlu berpura-pura atau berlakon. Wajah kita tidak akan berseri jika disajikan dengan cahaya keyakinan yg penuh kepura-puraan.

Jujur, percaya dan yakinlah pada diri sendiri. Tidak perlu kita menjadi orang lain semata-mata itu yang mereka disekeliling kita mahu. Hanya kita tahu siapa kita, hanya kita sahaja yang kenal siapa kita..bukan mereka.
"Tuhan menjadikan setiap manusia dengan keistimewaan tersendiri. Maka terpulang kepada setiap manusia untuk meneroka dan mencari keistimewaan itu dari dalam diri mereka"

~ Dyna Nora ~

Friday, May 20, 2011

:: Tidak Seindah Biasa ::

"Hidup kita akan indah jika kita yg tentukan perjalanannya. Jika kita hanya berserah kpd takdir, maka jgn sesekali kita kecewa jika hidup kita tidak seindah biasa..."

Tentu ramai yang pernah mengeluh dan bertanya kenapa hidup kita tidak seindah yang kita impikan. Kenapa harus kita lalui hari-hari yang sunyi dan membosankan.

Namun pernah atau tidak kita terfikir, apa yang telah kita lakukan untuk tidak membiarkan hari kita tidak membosankan. Dalam hidup kita, kita akan sentiasa ada jalan alternative. Sama seperti kalau kita lalui sebuah jalan yang sesak. Kita sentiasa ligat berfikir untuk mencari jalan alternative supaya kita sampai ke destinasi kita dengan tidak terus bersesak disitu. Kalau tiada jalan alternative, kita akan lakukan pelbagai perkara...dengar radio, menyanyi dan macam-macam lagi untuk menghiburkan diri. Malah ada yang sempat berFB lagi.

Jadi mengapa tidak amalkan perkara ini didalam hidup kita. Jika terasa hari sudah mula membosan, bangun dan fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk menceriakan hari kita. Jangan hanya duduk dan mengeluh nasib diri.

Ingatlah bahawa kita sendiri yang tentukan hidup kita...bukan orang lain. Perjalanan yang indah bermula dari diri kita sendiri.

~ Dyna Nora ~

Tuesday, May 17, 2011

:: Perjuanganmu Belum Berakhir Sahabatku ::

Seorang sahabat yang telah bertahun-tahun tidak saya temui telah disahkan mengidap cancer stage 4. Dari berita yang saya terima daripada seorang teman baik, keadaan beliau amatlah sedih sekali. Hilang segala harapan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hanya merintih nasib diri, menunggu dan terus menunggu apa yang akan berlaku pada hari esoknya.

Sahabat, mengapa begitu cepat mengalah? DIA masih menyayangi mu. Masih memberimu peluang untuk teruskan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang...jangan sekali-kali!

Sayangnya saya tidak dapat menghubungi beliau untuk memberi kata-kata semangat. Selain keadaan diri beliau yang sudah tidak mampu berkata-kata, ada halangan BESAR yang menghalang saya daripada berbuat demikian. Namun ini adalah mesej yang saya telah titipkan kepada beliau:

"Never3x give up! Hanya dgn semangat yang kuat kita mampu bertahan & menempuh segala dugaan. Jgn terlalu memikirkan peluang yg telah diambil ttp fikirkan peluang yg DIA sdg berikan kpd kita. Rebut peluang itu utk kita teruskan perjuangan. Peluang itu x pernah tinggalkan kita, tetapi kita yang tinggalkan peluang itu! Think Positive!!"

~ Dyna Nora ~