Wednesday, June 27, 2012

:: PERTOLONGAN YANG TIDAK DIHARGAI ::

Sesiapa yang kenali aku secara dekat, mmg tahu yang aku nie suka sangat tolong orang ..esp orang dalam kesusahan. Kecuali kes money money money ..mmglah tak boleh tolong sbb untuk diri sendiri pun tak mampu nak tolongkan ..haha. :))

Dulu takdelah rajin pun nak tolong orangkan. Until lah one day, semasa masih belajar di Dungun, terjadilah satu kisah yang smp laa nie aku masih mengutuk diri sendiri.

Dulu kalau nak balik Dungun, bas cuma ada pukul 10pm dari Ayer Hitam dan akan tiba di Dungun dalam pukul 3am. Entahlah apa nasib tak best hari tu, dengan bas driver hampeh to the max, boleh terlajak smp ke KT (Kuala Terengganu).

Bayangkan 1st time sampai KT ...pukul 5am lak tu! Mcm nak nangis ada, mcm-mcm rasa adalah masa tu. Dlm takut2 tu, buat2 muka berani & confident. Aku ditegur olh sorang pokcik teksi. Pokcik nie tanya direct 'Bdk ITM ke? Mcm mana blh terlepas nie?'. Lepas tu pokcik nie ajak masuk dalam teksi dia. Of course aku menolak sbb yea lah ..entah sapa2 kan. Tapi pokcik nie kata 'Ini tempat saya, waktu2 mcm nie ramai orang tak betul. Duduk shj dlm teksi pokcik nie, jgn ghi mana2'. Entah kenapa aku ikut cakap pokcik nie....

Duduk dalam kul 6am tu, pokcik tu masuk teksi & bgtaw dia nak hantar penumpang ke satu tempat. Jauh jgk tmpt tu ...tak ingat kat mana. Masuk dalam kampung ...sunyi betul! Dah htr penumpang tu, otw balik ke KT ..hanya Allah jer yg tahu dlm hati. Ingat mak, ingat betapa bodohnye ikut ckp pokcik nie. Bayangkan dlm kawasan jalan sunyi tu, pokcik tu boleh buat apa2 jer kat aku.

Tapi Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku. Smp balik kat KT hari dah terang & pokcik nie htr terus ke bas stand KT. Aku tanya pokcik berapa tambang. Pokcik nie jwb 'Takpelah nak ..pokcik pun ada anak pompuan yg belajar kat KL. Tiap2 kali dia balik KL, smp kat sana awal pagi ...pokcik selalu terfikir sapa nak tolong kalau apa2 jadi kat dia'. Terdiam aku tak terkata apa. Yealah dr tadi aku fikir pokcik nie ada hidden agenda kot!

Tapi yg buat aku betul2 menyesal smp skrg, pokcik tu ada bg no phone dia kat aku. Kata pokcik kalau2 dtg KT, jemputlah dtg rumah dia. Yg aku pandai sgt, aku pi letak tang mana tah no tu. Tak pernah sekali pun aku call pokcik tu. ISH!!!!!

Untuk pokcik teksi nie, sejak tu saya tak pernah ada 2 hati (kata org sabah) utk hulurkan pertolongan kepada sesiapa shj. Pokcik telah mengajar saya bahawa kalau kita tak buat baik pada org lain, siapa lg nak buat. Kalau pokcik tak tolong saya hari tu ...entah hidup lagi tak saya hari ini.

Saya tahu saya tak kenang budi pokcik. Maafkan saya. Untuk mengucapkan terima kasih sendiri skrg saya tak mampu, namun setiap pertolongan yang saya telah dan akan lakukan, saya sedekahkan pahala tu kepada pokcik. Semoga pokcik akan terus mendapat keredhaan dariNYa ...amin.


~ Dyna Nora ~