tag:blogger.com,1999:blog-43517946747089673322024-03-13T18:32:34.957+08:00The One & Only...MeRedah & Redha... janji confidence dalam apa jua yang anda lakukan, Selebihnya berserah kepada Allah SWT... Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-68006799066982732932012-06-27T21:52:00.002+08:002012-06-27T21:52:38.279+08:00:: PERTOLONGAN YANG TIDAK DIHARGAI ::Sesiapa yang kenali aku secara dekat, mmg tahu yang aku nie suka sangat tolong orang ..esp orang dalam kesusahan. Kecuali kes money money money ..mmglah tak boleh tolong sbb untuk diri sendiri pun tak mampu nak tolongkan ..haha. :))

Dulu takdelah rajin pun nak tolong orangkan. Until lah one day, semasa masih belajar di Dungun, terjadilah satu kisah yang smp laa nie aku masih mengutuk diri sendiri.

Dulu kalau nak balik Dungun, bas cuma ada pukul 10pm dari Ayer Hitam dan akan tiba di Dungun dalam pukul 3am. Entahlah apa nasib tak best hari tu, dengan bas driver hampeh to the max, boleh terlajak smp ke KT (Kuala Terengganu).

Bayangkan 1st time sampai KT ...pukul 5am lak tu! Mcm nak nangis ada, mcm-mcm rasa adalah masa tu. Dlm takut2 tu, buat2 muka berani & confident. Aku ditegur olh sorang pokcik teksi. Pokcik nie tanya direct 'Bdk ITM ke? Mcm mana blh terlepas nie?'. Lepas tu pokcik nie ajak masuk dalam teksi dia. Of course aku menolak sbb yea lah ..entah sapa2 kan. Tapi pokcik nie kata 'Ini tempat saya, waktu2 mcm nie ramai orang tak betul. Duduk shj dlm teksi pokcik nie, jgn ghi mana2'. Entah kenapa aku ikut cakap pokcik nie....

Duduk dalam kul 6am tu, pokcik tu masuk teksi & bgtaw dia nak hantar penumpang ke satu tempat. Jauh jgk tmpt tu ...tak ingat kat mana. Masuk dalam kampung ...sunyi betul! Dah htr penumpang tu, otw balik ke KT ..hanya Allah jer yg tahu dlm hati. Ingat mak, ingat betapa bodohnye ikut ckp pokcik nie. Bayangkan dlm kawasan jalan sunyi tu, pokcik tu boleh buat apa2 jer kat aku.

Tapi Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku. Smp balik kat KT hari dah terang & pokcik nie htr terus ke bas stand KT. Aku tanya pokcik berapa tambang. Pokcik nie jwb 'Takpelah nak ..pokcik pun ada anak pompuan yg belajar kat KL. Tiap2 kali dia balik KL, smp kat sana awal pagi ...pokcik selalu terfikir sapa nak tolong kalau apa2 jadi kat dia'. Terdiam aku tak terkata apa. Yealah dr tadi aku fikir pokcik nie ada hidden agenda kot!

Tapi yg buat aku betul2 menyesal smp skrg, pokcik tu ada bg no phone dia kat aku. Kata pokcik kalau2 dtg KT, jemputlah dtg rumah dia. Yg aku pandai sgt, aku pi letak tang mana tah no tu. Tak pernah sekali pun aku call pokcik tu. ISH!!!!!

Untuk pokcik teksi nie, sejak tu saya tak pernah ada 2 hati (kata org sabah) utk hulurkan pertolongan kepada sesiapa shj. Pokcik telah mengajar saya bahawa kalau kita tak buat baik pada org lain, siapa lg nak buat. Kalau pokcik tak tolong saya hari tu ...entah hidup lagi tak saya hari ini.

Saya tahu saya tak kenang budi pokcik. Maafkan saya. Untuk mengucapkan terima kasih sendiri skrg saya tak mampu, namun setiap pertolongan yang saya telah dan akan lakukan, saya sedekahkan pahala tu kepada pokcik. Semoga pokcik akan terus mendapat keredhaan dariNYa ...amin.

~ Dyna Nora ~

Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-88879074259628828612012-04-09T22:00:00.000+08:002012-04-09T22:00:53.417+08:00:: SEKILAS PANDANGAN - AARON AZIZ ::Biasalahkan kalau rumah dah siap, pahat masih berbunyi....

Begitu juga dengan kisah kemenangan Aaron Aziz semalam di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Ada yang tak puas hati esp. sebilangan artis kelahiran Malaysia yang mempertikaikan mengapa peminat Malaysia memilih artis luar. Malah ada yang terang-terang mengucapkan tahniah buat peminat kerana bijak memilih.

Bagi saya kemenangan Aaron Aziz adalah adil dan dia berhak untuk menang kerana peminat mengundi beliau. Saya menyokong bukan kerana dia hensem dan macho ..tetapi saya menyokong kerana saya berfikir secara logik.

Kalau kata kemenangan tersebut di menangi oleh artis luar yang dijemput untuk berlakon didalan sesuatu movie @ drama ..mungkinlah boleh marah. Contohnya seperti Tamara Bleszynski didalam Cicakman 2 (Tamara adalah pelakon pujaan suami saya ..hiks!). Kalau katalah Tamara menang, barulah boleh kata peminat Malaysia tidak pandai memilih ..pilih pelakon luar.

Aaron Aziz telah berhijrah ..membawa isteri dan anak-anak untuk bermastautin di Malaysia. Dengar kata beliau telah memohon PR di Malaysia. Jadi bagi saya beliau layak untuk menang dan tidak boleh di kategori sebagai pelakon luar. Filem lakonan beliau bukan hanya 'Ombak Rindu' ...malah boleh disenaraikan beberapa.

Kalau Aaron Aziz tidak layak hanya kerana beliau tidak lahir di Malaysia, maka Dato' M. Nasir, Ramli Sarip dan yang seangkatan pun kita boleh katakan tidak layak untuk memenangi sebarang anugerah ..hanya kerana mereka tidak lahir di Malaysia, jadi mereka bukan artis Malaysia.

Cukuplah noo bebel nie ..hehe ...Selamat Malam ouls!

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-86436422515051896232012-04-07T11:31:00.000+08:002012-04-07T11:31:15.837+08:00:: KLINIK RAKYAT 1MALAYSIA ::Salam & Selamat berhujung minggu semua...

Sedang saya surf dari channel ke channel di Astro yang makin hari makin tak berapa best cerita yang ada, saya tertekan channel 103 aka TV3. TV3 sedang menayangkan secara langsung Majlis Jelajah Janji Ditepati di Batu Bahat. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak sedang menyampaikan ucapan peramsian beliau.

Didalam ucapan tersebut, YAB Dato' Sri ada menyebut mengenai Klinik Rakyat 1Malaysia. Beliau bercerita ketika bersalaman bersama pengunjung, ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana dengan adanya Klinik tersebut, pengunjung tersebut hanya perlu bayar RM1 untuk ubat yang selama ini beliau perlu membayar RM200.

Teringat saya kepada satu kisah semasa saya bekerja di Puteri Pan Pacific Hotel Johor Bahru sekitar tahun 2003. Sepanjang 15 Tahun didalam industri 'customer service' menemukan saya dengan pelbagai jenis manusia dan cerita mereka.

Semasa sedang staff yang bertugas sedang menguruskan 'check in' seorang warga Singapura, saya berbual-bual kosong bersama customer tersebut. Beliau sekeluarga baru pulang dari bercuti di Terengganu. Akibat kesesakan jalanraya yang maha hebat untuk memasuki Singapura, beliau mengambil keputusan untuk bermalam di Bandaraya Johor Bahru. Bayangkan mereka telah 7 jam tersekat didalam kesesakan tersebut!

Beliau pun bercerita mengenai pengalaman beliau di Terengganu. Ibu beliau mengidap penyakiy kecncing manis dan lelah. Pada hari terakhir, ibu beliau jatuh sakit dan bekalan ubat yang dibawa telah habis. Risau dengan keadaan ibu, beliau berpusing dia bandar dan apa yang beliau jumpa ada klinik kesihatan.

Lalu beliau masuk dan berjaya menemuin ubat yg dicari. Masalah seterusnya beliau tidak mempunyai RM yang mencukupi. Yang ada hanyalah Singapore Dollar (SGD). Beliau bertanya kepada nurse bertugas, bolehkan beliau membayar dengan SGD? Dan apa yang mengejutkan beliau harga ubat tersebut cuma RM10 SAHAJA.

Saya masih ingat kata-kata beliau selepas itu ...'Saya menangis ketika dengar harga ubat tersebut HANYA RM10. Setiap bulan saya perlu sediakan lebih SGD200 (appx RM500) untuk medical mak saya. Saya nak jer peluk nurse tu. You all are lucky to be a Malaysia ..you should be proud!'

Saya bukan ingin berpolitik disini tapi saya ingin ingatkan pada diri kita semua termasuk saya ...sebenarnya kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Mungkin kita tidak berada ditempat mereka yang memerlukan belanja beratus-ratus ringgit sebulan untuk perubatan ...tapi tidak mustahil satu hari nanti kita boleh menjadi seperti mereka. Pada yang mampu mungkin tak merasa...

Jadi tak kiralah apa bangsa kita, agama kita ..janganlah kita musnah segala kesenangan & keharmonian yang kita ada sekarang untuk kepentingan diri kita sendiri.

~ Dyna Nora ~Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-11227002166548904792011-09-04T18:00:00.000+08:002011-09-04T18:00:55.547+08:00:: KEBAHAGIAAN HARI INI, KEKECEWAAN SEMALAM ::Begitu tertarik dengan cerita 'Kisah Pasangan Suami Isteri Tua' nukilan Dr Rushmini Maris Ismail di Majalah Wanita (14-20 Mei 2010) yang saya baca sewaktu bersarapan di Restoran Sinar (Roti Garing), Taman Sentosa, Johor Bahru.

Didalam artikel tersebut, Dr Rushmini tertarik dengan hubungan mesra penuh kasih sayang walaupun pasangan ini telah lanjut usia. Si suami sungguh mengambil berat & amat romantis terhadap isterinya.

Disebabkan si isteri perlu menjalani beberapa sesi pemeriksaan kesihatan bersama Dr Rushmini, pada satu hari beliau bertanyakan kepada si isteri rahsia kebahagiaan mereka yang kekal hingga kini (kebetulan si suami menunggu diluar sahaja pada hari tersebut).

Menurut si isteri, kebahagiaan yg dia kecapi hari ini tidak datang dengan mudahnya. Beliau juga melalui fasa pergolakan rumahtangga. Suaminya pernah mengahwini seorang wanita Indonesia semasa masih beristerikan dia.

Jika menurut hati seorang wanita, mahu sahaja beliau memberontak. Namun, bila memikirkan kebaikan dan sikap tanggungjawab suaminya, beliau hanya mengenakan syarat bahawa madunya tidak boleh duduk sama daerah dengan beliau dan jangan sekali-kali menemukan beliau dengan madunya. Ini untuk mengelakkan wujudnya rasa cemburu dan tidak puas hati didalam dirinya.

Bagi meluahkan rasa kecewa, beliau berniaga. Alhamdulillah, perniagaan beliau berkembang maju, membolehkan beliau untuk mengerjakan Umrah (atau Haji, saya terlupa). Dan dengan rezeki tersebut juga, beliau mampu membawa sekali suaminya dan madunya. Beliau buang segala rasa benci & sakit hati, lalu mereka bertiga bertolak ke Tanah Suci.

Tiada apa-apa yang berlaku disana. Segala urusan berjalan dengan lancar. Namun selesai segala urusan, beliau dikejutkan dengan khabar yang dititipkan oleh suami. Madunya telah diceraikan dengan talak tiga. Menurut suaminya, mereka sering bertelingkah kerana madunya menuduh suaminya melebihkan isteri pertama. Madunya juga mahu pulang ke Indonesia selepas mereka balik dari Tanah Suci.

Cerita ini benar-benar menarik perhatian saya kerana 2 perkara:

1. Ketabahan seorang isteri yang bangkit dan terus melangkah walaupun dilanda dugaan yang pasti akan mengecewakan dan menghancurkan perasan mana-mana wanita yang bergelar isteri. Sikap positif beliau telah dibalas dengan kebahagiaan abadi.

2. Peranan seorang suami didalam sebuah poligami. Pesanan saya: 'Kalau kail panjang sejengkal, Janganlah lautan hendak diduga' :))

Teruslah berfikiran positif, tidak kiralah sebesar mana dugaan yang datang. DIA sentiasa menyediakan jalan yang terbaik untuk kita..terpulang pada kita untuk memilihnya..insya'allah.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-3794236447873549452011-08-15T13:24:00.000+08:002011-08-15T13:24:52.287+08:00:: RESPECT, APPRECIATE & TRUST ::
If he respect you,

He won't lie to you.

If he appreciate you,

He will be sincere to you.

If he trust you,

He will tell you the truth.

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-27061494480076437592011-08-12T11:55:00.000+08:002011-08-12T11:55:07.420+08:00:: TITIK NOKTAH ::

Pergilah...

Aku lelah kerna

acap kali berada di persimpangan dilema

Aku sesak kerna

setiap pergerakkan ku bagai dirantai

Aku risau kerna

setiap langkah ku bagai diperhatikan

Aku buntu kerna

setiap perbuatan ku akan dipersoalkan

Jika tiada lagi gembira

yang hadir hanyalah kata tanpa bicara

tinggalkanlah keakraban ini

biarkan ia bernoktah disini...

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-40670883585611332142011-05-24T16:37:00.004+08:002011-05-24T16:42:28.303+08:00:: Kau Pergi Jua ::

SHAFARI HAMZAH

31 OKTOBER 1974 - 23 MAY 2011

Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji'un

Terperanjat, terkedu tidak percaya apabila saya membaca SMS yang dikirimkan sahabat baik kami semalam jam 10.33pm yang berbunyi ‘Salam. Our Friend passaway just now’. Berkali-kali saya membaca SMS tersebut. <country-region w:st="on"><place w:st="on">Cuba</place></country-region> memujuk hati agar bukan dia yang dimaksudkan itu.

Tidak terkata apa-apa bila berita itu benar, bukan salah mata saya membacanya. Semenjak mendapat berita keadaan beliau yang tidak menggalakkan, saya memang berniat untuk melawat beliau. Namun Allah lebih menyayanginya. Sungguh terkilan kerana tidak dapat bertemu beliau buat kali terakhir. Mungkin, jika dapat melihat sendiri keadaan beliau, saya tidak akan rasa ralat sebegini.

Dan pagi ini, mata saya kerap kali melihat ke jam di dinding. Setiap waktu saya terbayang keadaan diri beliau yang siap sempurna dikafankan. Terbaring kaku ketika disembahyangkan. Paling menyentuh perasaan bila saya terbayang diri beliau diturunkan ke dalam liang lahat dan kini hanya batu nisan sahaja yang menandakan disini berakhirnya perjalanan beliau di dunia ini. Pemergian beliau di usia yang muda  amat menyedarkan saya bahawa dunia ini hanya untuk sementara.

Hadirmu pernah mengembirakan hati ini..hadirmu pernah menyerikan hidup ini. Akan ku kenang itu semua hingga ke akhir hayat ku. Selamat tinggal sahabatku..semoga kau aman & bahagia disana….

Al-Fatihah…..

~ Dyna Nora ~

Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-67925279137103335842011-05-23T16:13:00.004+08:002011-05-23T16:18:27.775+08:00:: The Power of Appreciation ::
~: A simple words of appreciation, although means nothing to you, really can jazz up others :~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-59218758640087127092011-05-21T14:27:00.000+08:002011-05-21T14:27:28.022+08:00:: Percaya Pada Diri ::
"Tak kira apa jua bentuk, rupa & size kamu, yang penting ialah rasa yakin pada kebolehan diri sendiri. Bila kita yakin, kita mampu lakukan apa saja. Jangan biarkan org lain yang tentukan siapa kita..hanya kita yg kenal diri kita sendiri"
Keistimewaan ada di dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang sememangnya dilahirkan cantik dan menawan. Ada yang dilahirkan berhati mulia dan ada yang dilahirkan cerdik pandai. Ada yang dilahirkan dengan berbakat besar. Malah memilik perwatakan yang mampu membuat orang lain ketawa disaat duka merupakan satu kelebihan yang cukup istimewa.

Untuk mencari keistimewaan itu, kita perlu percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Apabila kita yakin pada diri sendiri, cahaya keyakinan itu pasti akan terpancar diwajah kita secara semulajadi. Untuk yakin pada diri sendiri, kita perlu ikhlas dan jujur pada diri. Tidak perlu berpura-pura atau berlakon. Wajah kita tidak akan berseri jika disajikan dengan cahaya keyakinan yg penuh kepura-puraan.

Jujur, percaya dan yakinlah pada diri sendiri. Tidak perlu kita menjadi orang lain semata-mata itu yang mereka disekeliling kita mahu. Hanya kita tahu siapa kita, hanya kita sahaja yang kenal siapa kita..bukan mereka.

"Tuhan menjadikan setiap manusia dengan keistimewaan tersendiri. Maka terpulang kepada setiap manusia untuk meneroka dan mencari keistimewaan itu dari dalam diri mereka"

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-9408259629571124142011-05-20T18:25:00.000+08:002011-05-21T13:37:34.678+08:00:: Tidak Seindah Biasa ::
"Hidup kita akan indah jika kita yg tentukan perjalanannya. Jika kita hanya berserah kpd takdir, maka jgn sesekali kita kecewa jika hidup kita tidak seindah biasa..."

Tentu ramai yang pernah mengeluh dan bertanya kenapa hidup kita tidak seindah yang kita impikan. Kenapa harus kita lalui hari-hari yang sunyi dan membosankan.

Namun pernah atau tidak kita terfikir, apa yang telah kita lakukan untuk tidak membiarkan hari kita tidak membosankan. Dalam hidup kita, kita akan sentiasa ada jalan alternative. Sama seperti kalau kita lalui sebuah jalan yang sesak. Kita sentiasa ligat berfikir untuk mencari jalan alternative supaya kita sampai ke destinasi kita dengan tidak terus bersesak disitu. Kalau tiada jalan alternative, kita akan lakukan pelbagai perkara...dengar radio, menyanyi dan macam-macam lagi untuk menghiburkan diri. Malah ada yang sempat berFB lagi.

Jadi mengapa tidak amalkan perkara ini didalam hidup kita. Jika terasa hari sudah mula membosan, bangun dan fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk menceriakan hari kita. Jangan hanya duduk dan mengeluh nasib diri.

Ingatlah bahawa kita sendiri yang tentukan hidup kita...bukan orang lain. Perjalanan yang indah bermula dari diri kita sendiri.

~ Dyna Nora ~
Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4351794674708967332.post-54359424844954340962011-05-17T14:10:00.000+08:002011-05-17T14:10:27.073+08:00:: Perjuanganmu Belum Berakhir Sahabatku ::Seorang sahabat yang telah bertahun-tahun tidak saya temui telah disahkan mengidap cancer stage 4. Dari berita yang saya terima daripada seorang teman baik, keadaan beliau amatlah sedih sekali. Hilang segala harapan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hanya merintih nasib diri, menunggu dan terus menunggu apa yang akan berlaku pada hari esoknya.

Sahabat, mengapa begitu cepat mengalah? DIA masih menyayangi mu. Masih memberimu peluang untuk teruskan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang...jangan sekali-kali!

Sayangnya saya tidak dapat menghubungi beliau untuk memberi kata-kata semangat. Selain keadaan diri beliau yang sudah tidak mampu berkata-kata, ada halangan BESAR yang menghalang saya daripada berbuat demikian. Namun ini adalah mesej yang saya telah titipkan kepada beliau:

"Never3x give up! Hanya dgn semangat yang kuat kita mampu bertahan & menempuh segala dugaan. Jgn terlalu memikirkan peluang yg telah diambil ttp fikirkan peluang yg DIA sdg berikan kpd kita. Rebut peluang itu utk kita teruskan perjuangan. Peluang itu x pernah tinggalkan kita, tetapi kita yang tinggalkan peluang itu! Think Positive!!"

~ Dyna Nora ~

Dyna Norahttp://www.blogger.com/profile/16432565160242583665noreply@blogger.com0