Tuesday, May 24, 2011

:: Kau Pergi Jua ::


SHAFARI HAMZAH
31 OKTOBER 1974 - 23 MAY 2011
Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji'un

Terperanjat, terkedu tidak percaya apabila saya membaca SMS yang dikirimkan sahabat baik kami semalam jam 10.33pm yang berbunyi Salam. Our Friend passaway just now’. Berkali-kali saya membaca SMS tersebut. Cuba memujuk hati agar bukan dia yang dimaksudkan itu.

Tidak terkata apa-apa bila berita itu benar, bukan salah mata saya membacanya. Semenjak mendapat berita keadaan beliau yang tidak menggalakkan, saya memang berniat untuk melawat beliau. Namun Allah lebih menyayanginya. Sungguh terkilan kerana tidak dapat bertemu beliau buat kali terakhir. Mungkin, jika dapat melihat sendiri keadaan beliau, saya tidak akan rasa ralat sebegini.

Dan pagi ini, mata saya kerap kali melihat ke jam di dinding. Setiap waktu saya terbayang keadaan diri beliau yang siap sempurna dikafankan. Terbaring kaku ketika disembahyangkan. Paling menyentuh perasaan bila saya terbayang diri beliau diturunkan ke dalam liang lahat dan kini hanya batu nisan sahaja yang menandakan disini berakhirnya perjalanan beliau di dunia ini. Pemergian beliau di usia yang muda  amat menyedarkan saya bahawa dunia ini hanya untuk sementara.

Hadirmu pernah mengembirakan hati ini..hadirmu pernah menyerikan hidup ini. Akan ku kenang itu semua hingga ke akhir hayat ku. Selamat tinggal sahabatku..semoga kau aman & bahagia disana….

Al-Fatihah…..

~ Dyna Nora ~

No comments:

Post a Comment