Monday, April 9, 2012

:: SEKILAS PANDANGAN - AARON AZIZ ::

Biasalahkan kalau rumah dah siap, pahat masih berbunyi....


Begitu juga dengan kisah kemenangan Aaron Aziz semalam di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Ada yang tak puas hati esp. sebilangan artis kelahiran Malaysia yang mempertikaikan mengapa peminat Malaysia memilih artis luar. Malah ada yang terang-terang mengucapkan tahniah buat peminat kerana bijak memilih.

Bagi saya kemenangan Aaron Aziz adalah adil dan dia berhak untuk menang kerana peminat mengundi beliau. Saya menyokong bukan kerana dia hensem dan macho ..tetapi saya menyokong kerana saya berfikir secara logik.

Kalau kata kemenangan tersebut di menangi oleh artis luar yang dijemput untuk berlakon didalan sesuatu movie @ drama ..mungkinlah boleh marah. Contohnya seperti Tamara Bleszynski didalam Cicakman 2 (Tamara adalah pelakon pujaan suami saya ..hiks!). Kalau katalah Tamara menang, barulah boleh kata peminat Malaysia tidak pandai memilih ..pilih pelakon luar.

Aaron Aziz telah berhijrah ..membawa isteri dan anak-anak untuk bermastautin di Malaysia. Dengar kata beliau telah memohon PR di Malaysia. Jadi bagi saya beliau layak untuk menang dan tidak boleh di kategori sebagai pelakon luar. Filem lakonan beliau bukan hanya 'Ombak Rindu' ...malah boleh disenaraikan beberapa.

Kalau Aaron Aziz tidak layak hanya kerana beliau tidak lahir di Malaysia, maka Dato' M. Nasir, Ramli Sarip dan yang seangkatan pun kita boleh katakan tidak layak untuk memenangi sebarang anugerah ..hanya kerana mereka tidak lahir di Malaysia, jadi mereka bukan artis Malaysia.

Cukuplah noo bebel nie ..hehe ...Selamat Malam ouls!


~ Dyna Nora ~

No comments:

Post a Comment