Saturday, April 7, 2012

:: KLINIK RAKYAT 1MALAYSIA ::

Salam & Selamat berhujung minggu semua...

Sedang saya surf dari channel ke channel di Astro yang makin hari makin tak berapa best cerita yang ada, saya tertekan channel 103 aka TV3. TV3 sedang menayangkan secara langsung Majlis Jelajah Janji Ditepati di Batu Bahat. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak sedang menyampaikan ucapan peramsian beliau.

Didalam ucapan tersebut, YAB Dato' Sri ada menyebut mengenai Klinik Rakyat 1Malaysia. Beliau bercerita ketika bersalaman bersama pengunjung, ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana dengan adanya Klinik tersebut, pengunjung tersebut hanya perlu bayar RM1 untuk ubat yang selama ini beliau perlu membayar RM200.

Teringat saya kepada satu kisah semasa saya bekerja di Puteri Pan Pacific Hotel Johor Bahru sekitar tahun 2003. Sepanjang 15 Tahun didalam industri 'customer service' menemukan saya dengan pelbagai jenis manusia dan cerita mereka.

Semasa sedang staff yang bertugas sedang menguruskan 'check in' seorang warga Singapura, saya berbual-bual kosong bersama customer tersebut. Beliau sekeluarga baru pulang dari bercuti di Terengganu. Akibat kesesakan jalanraya yang maha hebat untuk memasuki Singapura, beliau mengambil keputusan untuk bermalam di Bandaraya Johor Bahru. Bayangkan mereka telah 7 jam tersekat didalam kesesakan tersebut!

Beliau pun bercerita mengenai pengalaman beliau di Terengganu. Ibu beliau mengidap penyakiy kecncing manis dan lelah. Pada hari terakhir, ibu beliau jatuh sakit dan bekalan ubat yang dibawa telah habis. Risau dengan keadaan ibu, beliau berpusing dia bandar dan apa yang beliau jumpa ada klinik kesihatan.

Lalu beliau masuk dan berjaya menemuin ubat yg dicari. Masalah seterusnya beliau tidak mempunyai RM yang mencukupi. Yang ada hanyalah Singapore Dollar (SGD). Beliau bertanya kepada nurse bertugas, bolehkan beliau membayar dengan SGD? Dan apa yang mengejutkan beliau harga ubat tersebut cuma RM10 SAHAJA.

Saya masih ingat kata-kata beliau selepas itu ...'Saya menangis ketika dengar harga ubat tersebut HANYA RM10. Setiap bulan saya perlu sediakan lebih SGD200 (appx RM500) untuk medical mak saya. Saya nak jer peluk nurse tu. You all are lucky to be a Malaysia ..you should be proud!'

Saya bukan ingin berpolitik disini tapi saya ingin ingatkan pada diri kita semua termasuk saya ...sebenarnya kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Mungkin kita tidak berada ditempat mereka yang memerlukan belanja beratus-ratus ringgit sebulan untuk perubatan ...tapi tidak mustahil satu hari nanti kita boleh menjadi seperti mereka. Pada yang mampu mungkin tak merasa...

Jadi tak kiralah apa bangsa kita, agama kita ..janganlah kita musnah segala kesenangan & keharmonian yang kita ada sekarang untuk kepentingan diri kita sendiri.

~ Dyna Nora ~

No comments:

Post a Comment